1) KaRanGaN bUdAk SeKoLAh ReNdAh!!..Lol!!!
2) KaRanGaN BuDaK CeRitA HanTu!!...LOL!!
3) KarAnGaN BuDaK "kELuaRGa SaYA"....Lol...
4) kArAnGaN BuDaK DarJaH 3.....
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu
saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu
keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan
keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak
menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk
mengikutinya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah
lori kontena meluru laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan
mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana
takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejar
nya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan
cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar lori itu. Lori itu terbabas dan
melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu
yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun
bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang
khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah
helicopter di Genting Highlands dan terus ke
tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu
pecah. Pemadu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari
emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya
dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helicopter. Pemandu lori itu
menjerit “Adoi!” dan jatuh ke bumi dan terus bertukar.
Emak saya menghantar helicopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu
lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi [emandu itu di dalam bahasa
inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba
menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang
ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian
itu kepada penjual daging. Penjual daging itu dan peniaga-peniaga berhampiran
yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang
pernah saya lihat sebelum saya mati.